Latar Belakang

Sejarah Kolej Tingkatan Enam Tawau bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota (SMK) Tawau diwujudkan pada 12 Jun 1995 sebagai cawangan S.M.K Kuhara, Tawau. Bangunan yang disediakan adalah 3 blok projek kilat dengan 12 bilik darjah yang telah diubahsuai. Dari segi tenaga pengajarnya, pada peringkat awal penubuhannya rata-rata semuanya adalah guru sandaran tidak terlatih. Namun demikian mereka telah mempamerkan mutu kerja yang terpuji sempena lawatan Dato Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Hasbullah bin Taha telah memberi satu penghargaan yang tinggi terhadap sekolah ini.

SMK Kabota sekali lagi mencatatkan sejarah dengan Majlis Penyerahan Bangunan Baru SMK Kabota yang berlangsung pada 5 Ogos 2016 (Sabtu). Penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah ,Pn Hjh Maimunah Hj Suhaibul di dewan bangunan baru SMK Kabota.

engagedPeristiwa bersejarah ini turut dihadiri oleh pihak kontraktor, pegawai dari PPD Tawau, Pengetua Cemerlang dan barisan pentadbir dari SMK Kabota serta wakil guru dan murid tingkatan 6 dari beberapa buah sekolah di daerah Tawau.

Transformasi dalam sistem pendidikan telah berlaku dengan penjenamaan semula Tingkatan Enam. Transformasi ini telah mewarnai sejarah SMK. Kabota sekali lagi. Sekolah ini telah telah dinaiktaraf sebagi sebuah Kolej dan dinamakan sebagai Kolej Tingkatan Enam Tawau dan merupakan kolej yang ketiga belas di Malaysia dalam Mod Satu. Kolej ini terbentuk atas usaha Pejabat Pendidikan Tawau yang telah menggabungkan lima sekolah iaitu SMK Tawau, SMK Kuhara, SMK Jambatan Putih, SMK Jalan Apas dan SM. ST Patrick dengan pelajar seramai 480 orang.

Pengetua pertamanya merupakan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh. Juriah Bte Hj. Ahmad telah dibantu oleh seramai 91orang guru dan 7 orang pegawai sokongan.
Dengan visi Menjana Kecemerlangan Insan, semoga Kolej Tingkatan Enam Tawau akan menjadi kolej yang terbaik di Malaysia dan berjaya mencapai hasrat penjenamaan semula Tingkatan Enam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Advertisements