THIS IS KT6Tawau

photo_2018-04-27_07-24-03

Kredit Foto: En. Abd Aziz Mohd Yaras

Advertisements
0

Serumpun Kasih Sehening Budi

16 Mac – Pn. Hjh. Juriah hj. Ahmad, pengetua pertama KT6T telah secara rasminya bertukar ke SMK Jambatan Putih, Tawau. Seorang figura yang tegas, sangat teliti dalam melaksanakan tanggungjawab dan juga merupakan seorang ‘ibu’ kepada kesemua pelajar KT6T.

Majlis khas ini diadakan bagi mengenang jasa dan bakti beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai pengetua cemerlang bermula seawal penubuhan kolej iaitu pada 1 Januari 2017 hingga ke hari ini. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah berjaya diadakan sepanjang pentadbiran beliau. Bermula dengan penubuhan sebagai Kolej Tingkatan Enam yang ke-13, sehingga mempunyai identiti tersendiri sebagai kolej yang dicontohi. Selain itu, kejayaan manis yang sangat berharga di bawah bimbingan beliau ialah apabila KT6T telah berjaya tersenarai dalam kedudukan ke-6 daripada 13 buah Kolej Tingkatan Enam di seluruh negara dalam STPM 2017. Ini termasuklah kejayaan 2 orang pelajar, Voo Mui Ting dan Voo Shiau Phen yang memperolehi 4A (PNGK 4.0) dalam STPM 2017.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar KT6T terus melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam aspek akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Semoga diredhaiNya sentiasa.

PADU!BDJPEG

This slideshow requires JavaScript.

Kredit Foto: En. Abd.  Aziz Mohd Yaras & Exco ICT MPP