0

Dialog Prestasi Bersama Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik JPNS

29 Mac 2018 – Dialog Prestasi Bersama Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik ( Unit Sains) Encik Mohd Nuzie Hj Balus Bersama Pengetua Cemerlang KT6T, Tuan Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto serta semua pensyarah yang tidak pernah mengecewakan. Terbaik, teruskan kecemerlangan semua.

This slideshow requires JavaScript.

Kredit Info & Foto: En. Sardi Sirajudi

Advertisements
0

Serumpun Kasih Sehening Budi

16 Mac – Pn. Hjh. Juriah hj. Ahmad, pengetua pertama KT6T telah secara rasminya bertukar ke SMK Jambatan Putih, Tawau. Seorang figura yang tegas, sangat teliti dalam melaksanakan tanggungjawab dan juga merupakan seorang ‘ibu’ kepada kesemua pelajar KT6T.

Majlis khas ini diadakan bagi mengenang jasa dan bakti beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai pengetua cemerlang bermula seawal penubuhan kolej iaitu pada 1 Januari 2017 hingga ke hari ini. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah berjaya diadakan sepanjang pentadbiran beliau. Bermula dengan penubuhan sebagai Kolej Tingkatan Enam yang ke-13, sehingga mempunyai identiti tersendiri sebagai kolej yang dicontohi. Selain itu, kejayaan manis yang sangat berharga di bawah bimbingan beliau ialah apabila KT6T telah berjaya tersenarai dalam kedudukan ke-6 daripada 13 buah Kolej Tingkatan Enam di seluruh negara dalam STPM 2017. Ini termasuklah kejayaan 2 orang pelajar, Voo Mui Ting dan Voo Shiau Phen yang memperolehi 4A (PNGK 4.0) dalam STPM 2017.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar KT6T terus melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam aspek akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Semoga diredhaiNya sentiasa.

PADU!BDJPEG

This slideshow requires JavaScript.

Kredit Foto: En. Abd.  Aziz Mohd Yaras & Exco ICT MPP

0

Pelajar Terbaik STPM 2017

Syabas kepada 2 orang pelajar KT6T iaitu Voo Mui Ting dan Voo Shiau Phen kerana telah berjaya menempatkan diri sebagai antara pelajar terbaik STPM bagi negeri Sabah dengan keputusan PNGK 4.00.

Kedua-dua pelajar tersebut telah menerima sijil dan keputusan mereka di Majlis Pengumuman STPM 2017 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di SMK Putatan.

Turut mengiringi pelajar tersebut ialah Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh. Juriah Ahmad dan PK HEP, Cik Norlina A. Manap Muyong.

Semoga kejayaan pelajar-pelajar ini dapat menjadi tonik semangat kepada calon STPM 2018 untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang.

PADU!

This slideshow requires JavaScript.

Kredit Foto: Cik Norlina A. Manap Muyong