Pertandingan Mencipta Logo Koperasi Kolej Tingkatan Enam Berhad

poster-koperasi2

Syarat-syarat Pertandingan

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga pensyarah, kakitangan serta pelajar Kolej Tingkatan Enam Tawau.
  2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo sahaja dipilih sebagai pemenang utama.
  3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Rekabentuk logo hanya perlu dicipta dengan lukisan tangan dan dihantar dalam ukuran saiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7 cm)
  5. Logo yang dicipta hendaklah :
  6. Mempunyai penjelasan atau maksud atau rasional
  7. Asli
  8. Warna- tidak lebih daripada 4 warna
  9. Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh menyinggung mana-mana pihak.
  10. Semua logo yang diterima oleh pihak koperasi akan menjadi hak milik koperasi dan tidak akan dikembalikan.  Koperasi berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipindah atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana program.
  11. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke Kedai Koperasi sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Mac 2017 (Rabu).
  12. Borang penyertaan boleh didapati di Kedai Koperasi atau dimuat turun dari laman web Kolej Tingkatan Enam Tawau. (https://kt6tawau.wordpress.com)
  13. Pemenang akan menerima hadiah bernilai wang tunai RM 100.00.
  14. Keputusan akan diumumkan dalam bulan April. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

>>Muat turun borang penyertaan di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s